Saturday, October 9, 2010
Friday, October 8, 2010
Tuesday, October 5, 2010
Saturday, October 2, 2010
Friday, October 1, 2010
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, September 29, 2010
Monday, September 13, 2010
PENGENALAN
Lambang Pertubuhan Silat Seni Gayungman Segerak Kelantan dipamerkan dilencana, surat, dokumen rasmi dan sijil.
HURAIAN REKABENTUK LAMBANG
BULAT - Bersatu dan semangat setiakawan
Bersatu dan semangat setiakawan adalah teras dalam hubungan silaturrahim antara ahli silat. Bak kata pepatah “bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat” Tidak boleh bergaduh atau berselisih faham sesama perguruan. Sekiranyanya ada berlaku, hendaklah segera bermaaf-maafan.
BINTANG - Ketinggian cita-cita dan keazaman
Pada asalnya, seni silat tari ini hanya berkembang diperingkat kampong sahaja. Oleh itu Pertubuhan Seni Silat Gayungman Segerak Kelantan bercita-cita untuk mengembangkan seni warisan ini keperingkat Nasional. Buat permulaan, seni silat ini diperkenalkan disekolah-sekolah. Disamping itu juga pihak PSSGSK telah menyertai Pertandingan silat anjuran sekolah-sekolah dan Pertandingan Silat Seni peringkat negeri Kelantan.
TIGA SEGI - Tapak 3 (asas seni mempertahankan diri).
Tapak Tiga adalah merupakan asas seni mempertahankan diri bagi Silat Seni Tari dan juga Gayungman. Pelatih-pelatih silat dikehendaki memahirkan tapak ini untuk pecahan buah-buah mempertahankan diri seterusnya.
TANGAN BERSILANG - Silat Seni Melayu dan Gayungman
Simbol “Tangan Terbuka” (bentuk tarian lembut) melambangkan Silat Seni dan “Penumbuk” melambangkan Gayungman. Kedua-dua nya adalah merupakan seni permainan atau pertunjukan dan mempertahankan diri yang tersendiri PSSGSK. Walaupun Silat Seni mempunyai tarian yang lembut, tapi dalam kelembutan itu dapat menjatuhkan lawan. Manakala Gayungman pula seni mempertahankan diri ala tempur.
KERIS DAN TANJAK - Senjata dan pakaian Kependekaran Melayu
Tanjak kain batik adalah sinonim dipakai oleh pendekar-pendekar Silat Tari Tradisional Negeri Kelantan. Manakala keris pula melambangkan senjata orang Melayu. Tanjak dan Keris tak dapat dipisahkan dalam pemakaian kependekaran orang Melayu.
TIGA TANGKAI PADI - Silat Seni diwarisi dari 3 Pendekar
Silat Seni Kampong Lundang, Kota Bharu telah diwarisi dari 3 orang pendekar. Mereka adalah Allahyarham Tengku Ngah (dari Batu Burok, Terengganu) dan dua orang anak jati Kampong Lundang iaitu Allahyarham Nik Abdul Rahman dan anak muridnya Allahyarham Pak Chu Hussin. Dari jasa dan pengorbanan mereka-mereka inilah Silat Seni ini berkembang hingga sekarang. Tanpa mereka bertiga, tiadalah Seni Silat ini di Kampong Lundang. Resmi padi pula menjadi panduan dan ikutan iaitu semakin berisi semakin menunduk. Oleh itu setiap ahli PSSGSK sentiasa bersikap merendah diri tapi bertempat walaupun semakin banyak ilmu mempertahankan diri dipelajari.
WARNA
Warna-warna pada lambang Pertubuhan Silat Seni Gayungman Segerak Kelantan membawa erti yang tertentu. Ianya juga merupakan hasrat dan intipati perjuangan seluruh ahli silat dan warga PSSGSK.
HURAIAN WARNA :
PUTEH - Kebersihan hati dan keikhlasan
Untuk menghidup dan memelihara seni warisan bangsa ini memerlukan kebersihan hati dan keikhlasan jiwa. Tanpa mengira imbuhan, kepada anak watan diperturunkan seni agar tidak luput ditelan zaman.
HIJAU - Tonggak perjuangan berlandaskan Ugama Islam
Seni Silat dan Gayungman tidak dapat dipisahkan dari landasan Ugama Islam. Tiada upacara yang berunsur tahyul dalam majlis Pembukaan Gelanggang atau Perlimau Gelanggang (Tamat Latihan). Hanya kepada Allah Yang Maha Esa sahaja diserahkan segalanya. Semoga mendapat perlindungan dan berkat dari Allah Subha Nahuwa Taala. Huruf dan menjadi kedudukan dalam buah mempertahankan diri.
KUNING - Ketaatsetiaan kepada Raja
Raja-Raja Melayu merupakan Payung Mahkota. Taat setia kepada Raja menjadi pegangan orang Melayu lebih-lebih lagi kepada Pendekar-Pendekar demi mempertahankan kedaulatan raja dan tanah air.
MERAH - Semangat keberanian dan keyakinan diri
Setiap ahli silat mesti mempunyai semangat berani kerana benar. Mempertahan kepada yang hak dan keyakinan diri dalam menjalankan sesuatu tugas yang dipertanggungjawab atau diamanahkan.
MOTTO
“SENI WARISAN MELAYU JATI”
Silat Seni merupakan warisan jati diri Negeri Cik Siti Wan Kembang. Disamping silat seni tarinya, terdapat unsur seni mempertahankan diri yang tersendiri. Persembahanya mestilah diiringi dengan muzik gendang tradisional. Seperti irama dan lagu tak dapat dipisahkan. Begitu juga Silat Seni tanpa gendang akan pincanglah silat dan hambarlah persembahannya. Oleh itu “Seni Warisan Melayu Jati” ini kita pertahankan kejatiannya.
BENDERA
Bendera Perubuhan Silat Seni
Gayungman Segerak Kelantan dikibarkan semasa majlis rasmi seperti Majlis
Pembukaan Gelanggang, Tamat Latihan dan persembahan ditempat awam. Bendera juga
merupakan kemegahan dan semangat jatidiri ahli-ahli silat PSSGSK. Lambang
PSSGSK adalah ditengah-tengah bendera yang bermaksud sebulat hati dan tidak
berbelah bahagi berada ditengah-tengah.
HURAIAN WARNA
Warna pada bendera PSSGSK membawa erti yang tersendiri. Ianya juga
merupakan hasrat dan intipati perjuangan seluruh ahli silat dan warga PSSGSK.
a. PUTIH
Melambangkan kebersihan hati dan
keikhlasan jiwa para pejuang dan ahli silat dalam memperkembangkan warisan seni
silat tradisional dan gayungman Negeri Kelantan ini. Tanpa mengira imbuhan,
kepada anak watan diperturunkan seni agar tidak luput ditelan zaman.
b. MERAH
Melambangkan semangat keberanian
dan keyakinan diri dalam meneruskan cita-cita yang murni ini. Setiap ahli silat
mesti mempunyai semangat berani kerana benar. Mempertahankan kepada yang hak
dan keyakinan diri dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawab atau
diamanahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)