“Warisan Pendekar”
Silat
seni pusaka Melayu
Mula asalnya
dari Terengganu
Seorang
pengembara dari Kuala Batu Burok
Tengku Ngah
atau Ku Ngah ampunya diri
Tahun 1919
sejarah bermula
Berakitlah
beliau mengembara sehingga sampai di Pangkalan Gajah Mati, Kota Bharu
Niat dihati
ingin beradu
Lalu ke
Madrasah tempat dituju
Hujan
rintik-rintik mulai turun
Langkah
dipercepat sambil berpayung
Silap
berpayung terlanggar orang
Kata maaf
tidak diterima
Kehandalannya
pula hendak dicuba
Lawan
bertiga ditewaskan begitu sahaja
Peristiwa
pergaduhan diperhatikan oleh seorang hamba
Lalu pulang
memberitahu Ketuanya
Ketua
bernama Datuk Haji Wan Musa atau gelarannya Datuk Panglima Perang
Datuk
Panglima Perang dipanggil orang juga Datuk Lundang
Ku Ngah
dijemput bertandang kerumah
Lalu
tinggallah beliau dirumah Datuk Lundang mengajar ilmu persilatan
Mengajar
pula kepada dua orang cucu putera Datuk Lundang yang sangat dikasihi
Cucu putera
yang sulung bernama Nik Abdullah dan yang adik bernama Nik Abdul Rahman anak
kepada Nik Mahmud
Usia muda
tidak dikira
Nik Abdullah
15 tahun dan Nik Abdul Rahman 13 tahun
Ilmu
dituntut siang dan malam
Latihan
diuji kecekapan terbukti
Ilmu diperturun
sudahlah pasti
Kini
genaplah sudah 7 tahun berlalu
Ku Ngah
bermohon pulang kenegeri asalnya
Meninggalkan
murid penuh ilmu didada
Menetaplah
Pak Nik Lah di Kampong Jembal dan Pak Nik Man di Kampong Lundang
Kepada anak
bangsa ilmu persilatan diperturunkan pula mewarisi ilmu dua pendekar
Dari Pak Nik
Lah lahirlah pendekar-pendekar seperti Pak Yusof Kedek, Pak Ngah Aziz, Pak Su
Talib,Tuan Losin,
Pak Su Ya
dan ramai lagi
Raja Umar
murid ulung dan tersohor Pak Nik Man
Berasal dari
Kampong Teratak Pulai
Banyak
mengajar diserata ceruk kampong dan desa hingga ke Kedah
Dari Pak Nik
Man juga lahirlah pendekar-pendekar lain seperti Penghulu Haji Wan Sulaiman,
Pak Nik Ya,
Pak Chu
Hussin dan ramai lagi
Dart Pak Nik
Ya diperturunkan pula pada aanknya Pak Nik Zul dan cucu Pak Nik Man Nik Syazwan
Nik Ahmad
Dari Pak Chu
Hussin diperturunkan pula kepada anaknya Pak Lah dan Pak In
Kini Pak Chu
Hussin , Pak Lah dan Pak Nik Ya telah pergi mengadap Ilahi
Disini,
janji Pertubuhan Silat Seni Gayungman Segerak Kelantan meneruskan kesinambungan “Seni Warisan Melayu Jati”
ini agar tidak pupus ditelan zaman. Insya Allah
Ciptaan Shafie
29 Jun 2003
JEJAK GURU (GAYUNGMAN)
“Lam Alif” tonggak langkah Gayungman
Gayungman
berasal dari Tanah Arab
Tuan
Haji Abdul Rahman guru asal
Tuan
Haji Talib membawa kesinambungan
Padang Pak Amat asal guru mu
Tok
Wak Lid nama dirinya
Ke
Kampong Sinar Dua ia datang
Mengajar
ditempat kelahiran mu
Gayungman
dituntut kali ke dua
Bersama
murid Tok Wak bernama Hassan
Gelanggang
terletak di Kampong Telipot
Sekarang
bernama Taman Maju
Gayungman
dituntut hingga tamat
Tok
Wak Iktiraf dimalam penamat
Kampong
Lundang dikau menetap
Mengajar
Silat dan juga Gayungman
Silat
diajar banyak gelanggang
Gayungman
hanya satu sahaja
Itulah
ia takdir Ilahi
Kini
engkau telah pergi
Namun
gurumu kujejaki
Walau
ia juga telah lama mengadap Ilahi
Dengan
anak muridnya ku pelajari
Gayungman
dan Silat tak dapat dipisahkan
Dari
dua menjadi satu
Akan
ku kembangkan sepanjang hayat ku
Kenangan buat ayahanda
Shafie 6/5/2007