Gayungman dipelajari oleh Tuan Haji Hassan diMesir ketika dalam perjalanan
pulang dari Mekah. Pada zaman dahulu orang-orang Mesir belajar Gayungman
dibukit Thorsina. Pandangan dari jauh sekali pandang seperti orang sedang
bersilat, sekali pandang macam orang sedang bertinju. Begitulah kedudukan atau
buah gayungman. Bila pulang ketanah air, beliau telah beradu dengan anak
saudaranya iaitu Tuan Haji Talib atau lebih dikenali dengan panggilan “Wak
Lid”. Wak Lid sebelum ini telah pun menjadi guru silat seperti silat “Buah 7
Hari”. Dalam masa beradu itu, tidak tahan disebelah Wak Lid lalu beliau belajar
Gayungman ini dan seterusnya mengajar pula kepada anak-anak muridnya.
Diceritakan oleh Allahyarham Pak Chu Hussin.
Diceritakan oleh Tuan Haji Hamdi bahawa Gayungman ini berasal dari Mekah. Ia
pada mulanya dipelajari oleh Tuan Haji Abdul Rahman dari Padang Pak Amat, Pasir
Puteh, Kelantan semasa beliau tinggal dan menuntut ilmu agama disana. Beliau
tinggal disana selama 20 tahun. Beliau belajar Gayungman ( tangan kosong,
tongkat, pedang dan tekpi) dari seorang orang Habsyi diMekah. Bila pulang
ketanah air, beliau telah mengajar Gayungman ini kepada anak saudara (tiri) nya
iaitu Tuan Haji Talib atau lebih dikenali dengan nama “ Wak Lid “.
Sebelum ini Wak Lid telah belajar Gayungman ( tangan kosong ) dari Tuan Syed
Saggaf Terengganu. Gayungman ini diajar secara senyap-senyap atau
tertutup iaitu tidak terbuka seperti silat seni dan tidak bergendang.
Tuan Haji Talib atau Wak Lid dilahirkan di Kampong Batu Sebutir,
Pasir Puteh, Kelantan. Beliau selalu datang sebulan sekali berurus niaga padi
dan lain-lain dengan Tok Isa/Tok Timah (mak dan ayah) Pak Chu Hussin. Pada masa
itu beliau datang berjalan kaki dengan “kereta lembu” dari kampongnya di Pasir
Puteh ke Sinar Dua, Telipot, Kota Bharu (rumah Tok Isa/Tok Timah). Semasa
inilah beliau telah mengajarkan Gayungman ( tangan kosong ) ini kepada Pak Chu
Hussin. Tuan Haji Talib atau Wak Lid telah kembali ke Rahmatullah pada tahun
1992.
Semasa Pak Chu Hussin bekerja dikilang getah “Lian Tong” di Telipot, seorang
anak murid Wak Lid yang bernama Encik Hassan yang berasal dari Kampong
Kangkong, Pasir Mas, Kelantan telah mengajar Gayungman ( tangan kosong ) ini
dekat Kilang Air Batu Telipot. Maka Pak Chu Hussin belajar lagi Gayungman ini
dari beliau sehingga tamat. Seterusnya Gayungman ini diajarkan pula oleh Pak
Chu Hussin kepada anak-anak muridnya.
Pada masa ini, kesinambungan Gayungman diteruskan oleh anak saudara Wak Lid
iaitu Tuan Haji Hamdi bin Haji Abdul Ghani dari Kampong Padang Pak Amat, Pasir
Puteh, Kelantan. Beliau mengajar semua ilmu Gayungman iaitu tangan kosong,
tongkat, pedang dan tekpi. Demi untuk mengembangkan Silat Gayungman ini kepada
anak bangsa, Tuan Haji Hamdi telah mengubah dari pengajaran secara tertutup
kepada terbuka. Beliau juga telah memperkenalkan permainan Gayungman ini dengan
gendang. Persatuan silat beliau dikenali dengan nama “Persatuan Seni Silat
Tongkat Gayuman Gerakan Satu”. Begitulah serba ringkas asal-usul Gayungman
dan biografi guru-guru nya.
Pembetulan & maklumat tambahan :
Dari Pak Chu
Hassan Padang Pak Amat,
1. Guru Gayungman Wak
Lid ialah Tuan Haji Abd. Rahman
2. Seterusnya
Guru beliau ialah Tuan Syed Hamid iaitu anak Tuan Syed Saggaf 3.
Guru Silat “ 7 Hari” Wak Lid ialah Pendekar Pak Su Leh. Beliau berasal
dari Kampong Kemudi/ Changgong daerah Bachok. Berkahwin dengan orang Padang Pak
Amat. Beliau juga belajar silat dengan Tuan Syed Saggaf, Terengganu.